Search

Kerajaan Perlu Jelaskan “Beberapa Persoalan” Berhu...

  • Share this:

Kerajaan Perlu Jelaskan “Beberapa Persoalan” Berhubung Pendedahan Bekas Pengarah Perisikan Tentera.

Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Leftenan Jeneral (B) Datuk Mohd Salleh Ismail mendedahkan bahawa pihak perisikan Angkatan Tentera Malaysia mempunyai maklumat dan bukti-bukti yang kukuh tentang tindakan sesetengah ahli politik negara ini yang sering mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak berpengaruh di luar negara terutamanya Amerika Syarikat.

Menurut beliau ahli-ahli politik tempatan itu juga menerima “bantuan dan sokongan moral” daripada pihak-pihak asing itu.

Bercakap dalam satu temuramah khas dengan akhbar tempatan, Mingguan Malaysia, beliau bagimanapun enggan mendedahkan identiti ahli-ahli politik tempatan itu yang terlibat dengan “kegiatan” itu.

“Saya mahu sebut pun susah (tertawa). Cukuplah setakat itu, tak perlu sebut. Cuma memang jelas, sewaktu dia berada di beberapa negara, kita juga buat pemantauan. Siapa yang dia jumpa dan sebagainya. Tapi kita tak tahu apa yang dibincangkan.”

“Tapi memang ada perjumpaan dengan beberapa orang yang mendapat sokongan secara moralnya dari luar negara,” kata beliau dalam temuramah itu.

Mohd Salleh berkata, perisikan tentera mempunyai maklumat dan bukti yang kukuh tentang pertemuan itu daripada tarikh pertemuan, lokasi serta identity pemimpin politik terbabit yang mengadakan pertemuan dengan pihak asing itu.

“Sewaktu dia berada di beberapa negara, kita buat pemantauan. Siapa yang dia jumpa dan sebagainya…”

Link http://defencesecurityasia.com/kjaan-perlu-jelaskan-beberapa-persoalan-berhubung-pendedahan-bekas-pengarah-perisikan-tentera/

Siapa pemimpin itu? Dari parti mana?


Tags:

About author
not provided
An Ofiicial Fanpage for Muhammad Azri @ Sir Azri @ Papa Azri
View all posts